Translate

Tuesday, August 31, 2010

selamat hari kembangsaan yg ke 53thn MALAYSIA.

tanggal 31 ogos 1957
asssalamualikum dan salam sejahtera..

sudah 53thn malaysia merdeka,
hari ini merupakan hari kembangsaan malaysia yg ke 53thn,
tema tahun ini ialah.
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
aku sahaja nak kongsi cerita,
sejujurnya aku hanya sekali dua pergi menyambut
didataran merdeka ketika ambang merdeka,
malam yang penuh dengan warna-warni,
dgn tembakkan meriam bunga api..
memang indah sekali pemandangan dimalam ambang merdaka ini.
kesan bunga api dan asap
bungapi yang menarik perhatian
bila teringat-ingat rasa macam ingin menyambutnya didataran merdeka..
lokasi-lokasi yang biasa seperti dataran merdeka,menara klcc
sunway piramid,bukit bintang,putrajaya
dan banyak lagi tempat2 menarik..
terlalu ramai orang datang menyambut

tp sayang seribu kali sayang....
banyak remaja kita tersalah faham maksud merdaka..
sedih bila malam ambang merdeka dibuat seperti hari kebebasan
untuk melakukan pekara2 yang terlarang oleh agama islam..
spt berzina,minum minuman keras,party yang melampau-lampau
berlumba dan lain-lain lagi..
budak belasan tahun berbasikal

aku bukan cakap kosong..
ia terbukti dengan operasi-operasi polis dan jakim..
sangat malu rasanya diri ini...
dengan orang-orang luar...

mana perginya sifat2 ketimuran kita?
bukan setakat masalah sosial ditambah lagi dengan
sikap-sikap kita yang membuang sampah merata-rata
ditapak sambutan hari kemerdekaan kita..
renung-renungkan lah..
semoga anak cucu kita tidak melakukan ia
dimasa hadapan...
merdekakan lah diri kita dari sikap kita
jangan menunding jari dan jangan salahkan sapa-sapa
kerana ia berpunca dari kita sendiri...
jika ada salah dan silap ia datangnya dari saya..
jika ada ayat-ayat yang agak menyentuh hak-hak
atau apa-apa sahaja...maafkan lah diri ini..
segala kekurangan dari saya..
segala pujian hanya allah swt yang layak menerimanya..
akhir kata merdeka lah bangsa ku..
moga negara kita bertambah maju dimasa hadapan..

assalamualikum dan salam sejahtera malaysia..
1 malaysia 1 bangsa

jam menunjukkan jam 12.26am
31 ogos 2010

Thursday, August 19, 2010

Trip Lepas Gian Dipandamaran Port Klang


matahari hampir terbenam


assalamualaikum dan salam sejahtera,
gambar ni diambik ketika sampai dirumah rakit pandamaran,port klang..
cantikkan...

ruang tamu,siap ada karaoke set lagi.



operasi mengail kali ni lebih kepada lepas gian..maklum la,
masing2 bz n macam2 hal la..
rancang punya rancang akhirnye trip ni berjaya gak,
dilaksanakan...kami sampai betul2 matahari nk tengelam..
tempat agak puas hati,dgn segala keselesaan yg tersedia..kami puas hati..
apa tidaknye,siap ade karaoke set,dapur yg selesa untuk aktiviti memasak..ruang tamu yg agak luas jugak la..kalau hendak bawa keluarga bercuti,mmg ok sgt la...

jeti tidak jauh dari rumah rakit

OPERASI MEMANCING

sesampai sahaja dilokasi ada yang xsabar-sabar nak memulakan aktiviti gail ni...biasa la sudah lame sanggat gantung joran kot..
siap kemas barang-barang kami pun terus memancing..
seekor2 kami bawa naik..walau pun keadaan air yang tidak seberapa nak cantik.
gelama pisang,duri,senangin dan lain2..
walaupun saiz tidak lah besar..tp kami puas..

minuman rasmi kami


time kebuluran ni la temannya


dalam lingkungan jam 3 dan 4 pagi keadaan menjadi sunyi..
sehingga la satu tregedi lonceng salah seorang dari kami berbunyi..
kalangkabut dibuatnya..tp nasib tidak menyebelahi kami..
ikan tersebut sempat meloloskan dirinya..
tidak sempat pun nk sentap duduk jauh dari joran..
rezeki tak ada la 2 namenye...
bila hari makin terang kami masih tidak mahu mengalah..
tp awal pagi mmg hasilnye kurang memberangsangkan..,

ketika pagi..suram sahaja.


kami balik kejeti dalam pukul 11pagi..
singgah pekena laksa dan air tebu...peh mmg menyegarkan..
otot2 yg sememangnye lemau...(tidak tidor)
berakhir la cerita 1malam trip lepas gian dipandamaran,port klang..
yg pasti kami akan datang lagi dgn lebih perancangan lagi..
supaya ia menjadi trip yg agak menghiburkan..
berjumpa lagi di lain trip..

operasi membagi hasil


pengarang MR ARIL,jam menunjukkan 12,05am
hari khamis bersamaan 19 ogos 2010..

tamat.

Saturday, August 14, 2010

PANDUAN MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH



Oleh Ustadz Abu Rasyid

1. Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata :
Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka,
laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

2. Diriwayatkan dari Umar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata:  

Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah satu sha' dari kurma atau satu sha' dari
sya'iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan /
dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk shalat 'ied. ( H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa'i)

3. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :

Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fithrah untuk membersihkan orang yang puasa dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum shalat, maka ia berarti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah shalat 'ied,
maka itu berarti shadaqah seperti shadaqah biasa (bukan zakat fithrah ). ( H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni )

4. Diriwayatkan dari Hisyam bin urwah dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda :

Tangan di atas ( memberi dan menolong ) lebih baik daripada tangan di bawah ( meminta-minta ), mulailah orang yang menjadi tanggunganmu ( keluarga dll ) dan sebaik-baik shadaqah adalah yang di keluarkan dari kelebihan kekayaan ( yang di perlukan oleh keluarga ) ( H.R : Al-Bukhary dan Ahmad)

5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata :
Rasulullah sw. memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fithrah unutk anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya dari orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu ). (H.R : Daaruquthni, hadits hasan )

6. Artinya : Diriwayatkan dari Nafi' t. berkata :
Adalah Ibnu Umar menyerahkan (zakat fithrah ) kepada mereka yang menerimanya ( panitia penerima zakat fithrah / amil ) dan mereka ( para sahabat )
menyerahkan zakat fithrah sehari atau dua hari sebelum 'iedil fitri. ( H.R.Al-Bukhary )

7. Diriwayatkan dari Nafi' : Bahwa sesungguhnya Abdullah bin Umar menyuruh orang mengeluarkan zakat fithrah kepada petugas yang kepadanya zakat fithrah di
kumpulkan( amil ) dua hari atau tiga hari sebelum hari raya fitri. ( H.R : Malik)

KESIMPULAN
Hadits-hadits tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa :
1. Wajib bagi tiap kaum muslimin untuk mengeluarkan zakat fithrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa,
anak kecil, laki-laki maupun wanita. ( dalil : 1,2 dan 5 )
2. Yang wajib mengeluarkan zakat fithrah adalah yang mempunyai kelebihan dari keperluan untuk dirinya dan keluarganya. ( dalil : 4 )
3. Sasaran zakat fithrah adalah dibagikan kepada kaum miskin dari kalangan kaum muslimin. ( dalil : 3 )
4. Zakat fithrah dikeluarkan dari makanan pokok ( di negeri kita adalah beras ) sebanyak lebih kurang 3,1 liter untuk seorang. ( dalil : 1 dan 2 )
5. Cara menyerahkan zakat fithrah adalah sebagai berikut :
a. Bila diserahkan langsung kepada yang berhak ( fakir miskin muslim ) waktu penyerahannya adalah sebelum shalat 'ied yakni malam hari raya atau setelah shalat
Shubuh sebelum shalat 'iedul fitri. ( dalil : 2 dan 3)
b. Bila diserahkan kepada amil zakat fithrah ( orang yang bertugas mengumpulkan zakat fithrah ), boleh diserahkan tiga,dua atau satu hari sebelum hari raya
'iedul fitri. ( dalil : 6 dan 7 )

6. Zakat fithrah disyari'atkan untuk membersihkan pelaksanaan puasa Ramadhan dari perbuatan sia-sia dan perkataan keji di waktu puasa. ( dalil : 3 )

Maraji' (Daftar Pustaka):
1. Al-Qur'anul Kariem
2. Tafsir Aththabariy.
3. Tafsir Ibnu Katsier.
4. Irwaa-Ul Ghaliel, Nashiruddin Al-Albani.
5. Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq.
6. Tamaamul Minnah, Nashiruddin Al-Albani.

Oleh Ustadz Abu Rasyid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...